Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

SKUAD BANTUAN BANTAL DAG SUMBANG UNTUK ANAK-ANAK TAHFIZ


Jika kamu menampakkan sedekahmu maka itu adalah baik sekali, dan jika kamu menyembunyikannya itu lebih baik bagimu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu, sebahagian dari kesalahanmu dan sesungguhnya Allah Maha mengetahui setiap apa yang kamu kerjakan”- Al Baqarah : 271)Skuad Bantuan Bantal DAG meneruskan misi ke lokasi seterusnya kali ini Akademi Tahfiz Ulul Wahyu, Kapar, Klang. Sebanyak 80 biji bantal hotel DAG telah berjaya dikumpul hasil dari sumbangan Reseller-Reseller DAG yang dermawan, berbesar hati menyumbangkan sebahagian dari stok mereka demi memberi keselesaan kepada mereka yang memerlukan.

Skuad diwakili oleh saudara Zahari Mustapa selaku ketua untuk program kali ini dan beberapa orang Reseller yang turut turun padang menyampaikan sumbangan.Bantal hotel DAG diserahkan terus kepada anak-anak tahfiz dalam satu Majlis kecil tetapi penuh keberkatan. InsyaAllah.. Ternyata anak-anak tahfiz ini gembira dan teruja mendapat bantal baru. Alhamdulillah..Rakan Skuad Bantuan Bantal DAG sempat mengunjungi asrama mereka, apa yang dilaporkan dalam sesi live menunjukkan keadaan bantal yang lusuh, uzur malah ada yang tidak boleh digunakan lagi.InsyaAllah, destinasi seterusnya ialah Rumah Amal Raudhatul Jannah, Olak Lempit, Banting. Skuad dalam proses mengumpul dana dan bantal untuk disumbangkan.Skuad Bantuan Bantal DAG mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang menghulurkan bantuan. Kepada Reseller DAG yang berminat untuk menyertai Skuad Bantuan Bantal DAG boleh terus klik link di bawah

https://chat.whatsapp.com/DWgIRN2WXk0EuUJvxWVKOk

.
Kepada individu yang berminat untuk menyumbang atau mewakafkan bantal untuk Skuad Bantuan Bantal DAG salurkan sila berhubung terus dengan:

PR Farhana 017-640 5310
PR Farah 011-1097 8874
PR Zahari 012-620 8423
ML Raabiatul 013-9466462

Ingat DAG, Ingat Bantal Hotel.

SKUAD BANTUAN BANTAL DAG SUMBANG UNTUK ANAK-ANAK TAHFIZ

Promosi Terkini !!

Apa Pendapat Anda? Sila tinggalkan komen di bawah ini

Facebook Comments

Hashtag : #TidurNyenyak #deepsleep #pakartidur #tidur #dasabdulglobal #bantalhotel #bantaldag #usahawandag #dag #dagpillow #dropshipdag #zeromodal #teamdag #hotel7bintang #mudahnyaberniagabersamaDAG #DAGbringComfortHome #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Keluarga Malaysia Bawa Semangat Bersatu

Menjelang sambutan hari kemerdekaan atau hari kebangsaan Malaysia, antara perkara utama yang menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia pastinya tertumpu kepada reka bentuk logo dan juga

Jimat RM30 Sehingga 31 Ogos Ini

Berbaki 10 hari lagi sebelum peluang untuk anda mendapatkan tuala dengan harga diskaun berakhir. Penjimatan sehingga RM30 bagi setiap dua helai tuala dengan keupayaan serapan

Penat Jalan, Singgah Lepak Di Booth DAG

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 mula membuka tirai bermula 4 Ogos lalu menerima sambutan yang amat menggalakkan. Pameran dwitahunan yang kali terakhir